Sunday 8 March 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Selamat datang ke
Terima kasih kerana sudi melawat blog perniagaan kami... : ) 


Majlis perkahwinan di negara kita biasanya diadakan pada masa tertentu. Biasanya tuan rumah ataupun pengantinbaru akan memilih hari di mana tetamu jemputan majlis mempunyai masa untuk hadir.

Cuti sekolah Merupakan Hari Yang Paling Popular untuk majlis perkahwinan

Cuti sekolah amat sesuai untuk berkahwin kerana pada masa tersebut, anak-anak yang bersekolah telah cuti. Ibu bapa boleh membawa sekali anak mereka untuk menghadiri majlis perkahwinan. Pengantin baru perlu mengambil kira tetamu yang dari luar bandar di mana mereka perlu membawa sekali anak-anaknya untuk datang bersama.
Di samping itu, hujung minggu, cuti kelepasan am juga merupakan hari yang dipilih ramai untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Kos Majlis Perkahwinan Lebih Mahal Pada Musim Cuti
Oleh kerana ramai yang memilih cuti sekolah, cuti am ataupun hujung minggu untuk mengadakan majlis perkahwinan, maka barang-barang perkahwinan pada masa itu cenderung lebih mahal. Peniaga tahu tibanya musim berkahwin, mereka akan meninggikan harga jualan barangan mereka. Antara benda-benda yang mungkin naik harga ialah seperti  cenderahati perkahwinan dan sebagainya. inilah hasil cenderahati kami